Ahad, 5 Disember 2010



Setahun yang lalu, aku ada di tempat ini... berjalan menyusuri pantai sambil menikmati segenap alam yang menghiasi pandangan ku. Di sini juga aku berkongsi segala kisah baik suka mahupun duka. Mungkin tawa, mungkin juga tangisan yang ada dalam hati, seraya ombak membelai kaki seolah-olah memujuk hati yang gelisah. Seolahnya mengerti pada setiap bait-bait yang beralun di jiwa. Walaupun bisu, namun setiap langkah meninggalkan kesan yang jelas...  Begitu tekad ombak memusnahkannya, namun selagi kaki ini melangkah, selagi itu juga kesan mengekori...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan