Isnin, 2 Mei 2011

MUMA KIDS SEKOLAH KEBANGSAAN BUANG SAYANG (DAERAH PAPAR) JOHAN PERTANDINGAN ACTION SONG PERINGKAT ZON SELATAN.


Pada 26hb April yang lalu, MUMA KIDS telah mewakili Daerah Papar untuk pertandingan action song peringkat Zon Selatan. Sebanyak 4 daerah bertanding pada hari itu. Antaranya Daerah Kuala Penyu (selaku tuan rumah), Daerah Papar, Daerah Sipitang dan Daerah Beaufort. Ternyata rezeki Muma Kids SKBS amat murah apabila dinobatkan sebagai Johan pada pertandingan kali ini... Alhamdulillah...

Rentetan daripada kejayaan itu, Muma Kids SK. Buang Sayang bakal mewakili Zon Selatan ke Pertandingan Action Song Peringkat Negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 4hb Mei 2011 di Daerah Keningau.

Semoga Muma Kids terus gemilang di  masa akan datang.. Insyaallah.. Doakan kejayaan kami.... ^__^


Bersiap-siap sebelum bertolak (start jam 4:30 pagi.. @_@...)

berjalan menuju ke bas... 

Bas ini la yang bawa dorang p Kuala Penyu...

tidak sabar2 (semasa menunggu giliran di jeti...)

dekat jam 9 baru tiba di SK. Pekan Kuala Penyu.. (lapar... penat...)

ohoo.. cabut undi, dapat first pula... ahaha... tidak sempat makan...

tetap memberikan yang terbaik walaupun perut sudah 'keroncongan..'...

Happy selepas dinobatkan sebagai johan,,, syukur alhamdulillah..

Also.. Big thank you for Cikgu Felicia (SK. Surati, Papar) our Pengerusi Teknik Action Song Daerah Papar, yang telah banyak bagi tunjuk ajar kepada team kami... 


Antara aksi-aksi pasukan2 yang turut bertanding.....

PASUKAN ACTION SONG DAERAH SIPITANG




PASUKAN ACTION SONG DAERAH BEAUFORT




PASUKAN ACTION SONG DAERAH KUALA PENYU




Acara pada hari itu berakhir dengan jayanya pada pukul 11:00 pagi....  Alhamdulillah... ^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan